Advertising
ACLE: Kawasaki Frontale Menang Besar Ke Atas Shandong Taishan
MakanBola
Kawasaki Frontale FC

Aksi keenam AFC Champions League Elite (ACLE) pada Rabu menyaksikan Kawasaki Frontale meraih kemenangan bergaya ke atas Shandong Taishan di laman sendiri.

Setelah cemerlang menewaskan Johor Darul Ta’zim minggu lalu, Shandong Taishan terbang ke Jepun untuk menentang Kawasaki Frontale yang tidak tewas dalam lima aksi terakhir.

Wira Shandong Taishan minggu lalu, Zeca kekal mengemudi jentera serangan wakil China itu manakala Kawasaki Frontale turun dengan formasi 4-4-2 sambil Yu Kobayashi mengetuai pasukan.

Ad

Kelebihan awal dimiliki oleh pasukan tuan rumah seawal minit ketiga apabila Marcinho menyambar bola muntah yang gagal ditepis kemas oleh penjaga gol gawang Taishan, Wang Dalei.

Usaha pelawat untuk bangkit tampak sukar apabila Kawasaki sekali lagi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma oleh Yuki Yamamoto ketika babak pertama berbaki empat minit.

Ad
Ad

Dua gol tersebut memastikan Kawasaki Frontale memasuki bilik persalinan dengan kelebihan tatkala Shandong Taishan terus buntu memburu jaringan.

Ad

Kembali dari rehat, Taishan yang tertekan segera membuat pertukaran dengan membawa keluar pemain utama Georgia, Valeri Qazaishvili untuk memberi tenaga baharu di bahagian serangan.

Walau bagaimanapun, tuan rumah yang lebih tampak berbisa dan berjaya menambah gol ketiga di minit 65 hasil tandukan Jesiel berpunca dari tendangan penjuru oleh Yuki Yamamoto.

Ketika aksi menuju penamat, gawang Taishan bolos buat kali keempat setelah pemain gantian, Shin Yamada menyambar hantaran Soma Kanda sekaligus menewaskan Wang Dalei.

Tambahan masa x minit menyaksikan keputusan di Kawasaki Todoroki Stadium tidak berubah dengan tuan rumah meraih kemenangan 4-0.

Saingan minggu ke-7 ACLE menyaksikan Kawasaki Frontale akan bertandang ke Korea Selatan untuk berdepan Pohang Steelers manakala Shandong Taishan bertemu Gwangju di China.