Advertising
ACLE: Kedudukan JDT Selepas Tunduk Di Tangan Shandong Taishan
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kedudukan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tewas di tangan Shandong Taishan menjadi tumpuan.

Jaringan penyerang berbisa, Zeca sudah cukup untuk memberikan kekalahan kedua kepada skuad Harimau Selatan pada pentas AFC Champions League Elite (ACLE).

JDT turun dengan barisan terbaik namun tidak berupaya menembusi gawang gol wakil China itu yang baru sahaja tewas pada aksi final menentang Shanghai Port.

Ad

Keputusan itu memberikan kesan kepada perjuangan anak buah Hector Bidoglio yang kini menghuni tangga ke-5 hasil dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Ad

Shandong Taishan berjaya memperbaiki kedudukan apabila naik ke tangga ketujuh kumpulan sekaligus menghampiri kedudukan JDT ketika ini.

Jaguh Jepun, Vissel Kobe kekal mengemudi carta kumpulan dengan 13 mata disusuli oleh Gwangju dan Kawasaki Frontale masing-masing dengan 9 mata.

Ad
Ad
View this post on Instagram

A post shared by MakanBola (@makanbolaplus)

Ad

Ujian keenam JDT bagi aksi pentas Asia adalah menentang jaguh Thailand, Buriram United pada 3 Disember 2024 di Stadium Sultan Ibrahim.