ACLE: Jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperbaiki kedudukan pada peringkat kumpulan selepas menundukkan Ulsan HD.
Jaringan Arif Aiman, Oscar Arribas dan juga Bergson sudah cukup untuk memastikan kemenangan skuad Harimau Selatan ke atas anak buah Kim Pan-gon dengan keputusan 3-0.
Kemenangan kedua di AFC Champions League Elite (ACLE) itu memastikan skuad kendalian Hector Bidoglio melonjak ke tangga kedua kumpulan dengan 7 mata selepas 4 perlawanan.
Kekalahan keempat Ulsan HD itu menyebabkan mereka kekal di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata dan jaringan sungguhpun turun dengan reputasi hebat.
Saingan kini diketuai oleh jaguh Jepun, Vissel Kobe dengan 10 mata disusuli oleh Gwangju, 9 mata dan diikuti oleh JDT dengan 7 mata.
Kedudukan tiga tercorot pula masing-masing dihuni oleh Pohang Steelers (3), Central Coast (0) dan juga Ulsan HD (0).
Aksi berikutnya menyaksikan JDT akan ke China bagi menghadapi Shandong Taishan manakala Ulsan HD akan menentang Shanghai Port pada 26 November.