Advertising
ACLE: Posisi Pohang Steelers Dalam Bahaya, Dibelasah Kawasaki Frontale
ACL
MakanBola
FCPS/KFFC

Kedudukan Pohang Steelers dalam carta AFC Champions League Elite (ACLE) kini dalam bahaya setelah tumpas di tangan Kawasaki Frontale.

Pohang Steelers turun dengan misi penting untuk meraih 3 mata di laman sendiri setelah cemerlang tumpaskan Vissel Kobe sebelum ini bagi hidupkan peluang mara pusingan 16 terbaik.

Manakala Kawasaki Frontale pula memulakan aksi dengan 12 mata selain menghuni kedudukan ke-5 pastinya mahu terus menghambat tempat pendahulu carta liga, Vissel Kobe dari Jepun.

Ad

Kesebelasan utama Pohang Steelers diketuai oleh tonggak di posisi sayap kiri, Wanderson sementara itu Kawasaki Frontale menurunkan gandingan Marcinho serta Tatsuya Ito di jentera serangan.

Ad

Aksi di babak pertama berakhir dengan satu jaringan apabila Shin Yamada menanduk masuk gol pertama untuk Kawasaki Frontale bagi meletakkan pelawat di hadapan pada minit ke-38.

Ad
Ad

Malang buat tuan rumah apabila terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain setelah Jonathan Aspropotamitis dilayangkan kad merah berselang 5 minit kemudian oleh pengadil, Nazmi Nasaruddin.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Pohang Steelers 0-1 Kawasaki Frontale.

Babak kedua bersambung dengan pelawat berjaya meledak jaringan kedua menerusi Yasuto Wakizaka pada minit ke-71 setelah merembat kencang umpanan daripada Shin Yamada.

3 minit kemudian, giliran So Kawahara menambah derita buat Pohang Steelers apabila mencetak gol ketiga untuk Kawasaki Frontale hasil lorongan berkualiti Yuki Yamamoto dari sebelah kiri.

Tandukan Erison melengkapkan kemenangan bergaya buat pasukan Kawasaki Frontale di penghujung permainan untuk menewaskan penjaga gawang Pohang Steelers kali ke-4 kali ini.

Perlawanan di Pohang Steelers dalam Yard berakhir dengan keputusan 4-0 memihak Kawasaki Frontale.

Keputusan ini akan menggugat tempat Pohang Steelers yang kini di tangga ke-6 dengan 4 pasukan di bawah masih belum mengharungi perlawanan ke-7 mereka.

Aksi terakhir bagi peringkat liga ACLE menyaksikan Pohang Steelers bakal bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim untuk bertemu JDT manakala Kawasaki Frontale akan menentang Central Coast Mariners.