Advertising
ACLE: Yokohama F. Marinos Singkirkan Shanghai Port, Tempah Tiket Suku Akhir
MakanBola
Yokohama F. Marinos

Yokohama F. Marinos mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dengan menyingkirkan Shanghai Port.

Selepas meraih kelebihan tipis 1-0 dalam aksi pertama pusingan 16 pada 4 Mac lalu, Marinos berharap dapat mempertahankan kelebihan mereka.

Ad

Pengendali Port, Kevin Muscat pula berharap dapat menyingkirkan pasukan lamanya itu dan membawa juara Chinese Super League (CSL) 2024 itu mara ke suku akhir.

Ad
https://twitter.com/prompt_fmarinos/status/1899384851746418938

Penjaring terbanyak Marinos, Anderson Lopes terus diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan pasukan itu. Muscat pula memilih formasi 3-4-3 dengan Leonardo, Gustavo dan Matheus Vital mengetuai serangan Port.

Hasrat Port mendapatkan gol pendahuluan terbantut apabila dibolosi seawal minit kedua. Daiya Tono melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol pelawat, Yan Junling.

Ad

Tersentak, kelab gergasi China itu berusaha mencari jaringan penyamaan. Wei Zhen hampir menyamakan kedudukan buat Port pada minit ke-21 tetapi percubaannya tersasar.

Ad

Tatkala Port meningkatkan tekanan ke atas kubu pertahanan tuan rumah, gawang mereka bocor lagi lapan minit selepas itu.

Ad

Lopes berjaya melepasi pertahanan Port sebelum meledakkan jaringan kelapannya dalam ACLE musim ini. Meskipun gol itu dibantah pemain-pemain pelawat, pengadil tetap mengesahkan gol Marinos.

Leonardo merapatkan jurang buat Port menerusi tandukan pada minit ke-35. Yokohama menyangka telah menjaringkan gol ketiga menerusi Tono pada minit ke-38.

Walau bagaimanapun, semakan VAR mendapati pemain Jepun itu berada pada kedudukan ofsaid sebelum melambungkan bola melepasi Junling.

Marinos akhirnya berjaya meraih gol ketiga menerusi Yan Matheus pada minit ke-44. Ini memastikan tuan rumah mendahului 4-1 secara agregat sehingga rehat.

Bersambung selepas rehat, Marinos terus meningkatkan serangan ke arah kubu pertahanan Port.

Port makin derita apabila Lopes menyumbat gol keempat Marinos pada minit ke-56 selepas menerima hantaran Sandy Walsh.

Kelebihan empat gol mendorong pengendali Marinos, Steve Holland memasukkan Elber, Kota Watanabe dan Jun Amano sebagai pemain gantian.

Gustavo menyangka telah merapatkan jurang defisit buat Port pada minit ke-73. Walau bagaimanapun, gol tersebut dibatalkan selepas beliau dikesan berada di kedudukan ofsaid.

Port terus memberi tentangan kepada Marinos tetapi keputusan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan Marinos mengiringi Al-Nassr dan Al-Sadd ke suku akhir.

Lopes dipilih pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore dengan markah 9.5. Beliau mengatasi Kodjo Aziangbe yang meraih 7.9 mata.

Selepas ini, Marinos akan menentang Gamba Osaka dalam saingan J1 League pada 16 Mac. Port pula akan menentang Qingdao Hainiu pada 29 Mac.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments