Ada Makna Tersirat Disebalik “Celebration” Forestieri
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri mengakui musim ini merupakan satu musim yang cukup istimewa buat dirinya.

Setelah berjaya membantu JDT menewaskan Selangor pada aksi final malam semalam, Forestieri gembira gol yang dijaringkannya itu dapat membantu pasukan merangkul gelaran juara Piala Malaysia. Pemain berusia 32 tahun itu turut berterima kasih kepada rakan sepasukan yang telah bertungkus lumus menjayakan misi JDT tahun ini.

“Saya amat gembira hari ini. Saya sentiasa mencari jalan untuk bantu pasukan kerana saya bukan pemain nombor 9 seperti Bergson. Jadi jika saya tak dapat jaringkan gol, saya gembira dapat bantu pasukan dengan cara yang lain.”

Advertisements

“Musim ini cukup menakjubkan dan saya rasa sangat senang berada di JDT. Disini saya mudah untuk kemana-mana. Untuk bermain, datang latihan dan keluarga saya juga gembira tinggal disini.”

“Saya percaya kalau kita miliki kehidupan yang baik di luar sana bersama keluarga dan rakan sepasukan, kita akan cipta satu keputusan yang baik ketika di atas padang.”

Mengulas lanjut, Forestieri menjelaskan bahawa celebration yang selalu dilakukannya selepas menjaringkan gol itu tidak ada yang tahu maksud sebenarnya. Maksud sebenar disebalik perkara itu hanya beliau dan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sahaja yang mengetahui.

Advertisements

“Tentang cara saya meraikan jaringan, hanya bos (TMJ) sahaja yang tahu. Cuma kadang-kadang saya raikan dengan cara berbeza seperti apa yang anak saya cadangkan. Dia selalu kata pada saya, jika jaringkan gol nanti jangan lupa raikan seperti ini,” ujar Forestieri dalam sidang media selepas perlawanan.

Fernando Forestieri telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan pada aksi final Piala Malaysia kali ini. Beliau dan JDT cemerlang menamatkan musim ini dengan merangkul keempat-empat trofi di peringkat domestik iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Malaysia dan Trofi Liga Super.

JDT juga mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua kejohanan yang dipertandingkan di dalam Malaysia. Ini bermakna, JDT masih kebal dari ditewaskan pasukan yang beraksi di saingan Liga M.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram