“Adakah Kami Akan Bermain Atas Sawah Padi Di Stadium Lain?” – TMJ
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ mengajukan soalan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai perancangan bagi musim hadapan.

Baginda memuat naik beberapa keping foto yang menunjukkan keadaan padang di Stadium Sultan Ibrahim dalam keadaan terbaik pada musim ini.

DYAM TMJ menyatakan kerisauan mengenai perjalanan musim hadapan apabila liga akan bermula pada musim hujan.

Advertisements

Baginda menzahirkan kerisauan apabila pasukannya perlu beraksi atas padang yang tidak setaraf sekaligus bakal menjejaskan pasukan.

“Soalan saya kepada MFL & FAM memandangkan liga akan berjalan ketika musim hujan/Monsoon bermula musim hadapan. Adakah kami akan bermain atas sawah padi di stadium-stadium lain?”

Advertisements

Baginda juga menyatakan kepentingan untuk setiap pasukan memiliki fasiliti terbaik dengan keutamaan perlulah diberikan kepada padang yang amat penting buat pemain beraksi dengan baik.

“Inilah sebab pentingnya mempunyai padang permainan dan sistem perpaipan yang bagus. Sudah masanya semua pasukan dan negeri memperbaiki padang stadium masing masing,” jelas Baginda.

Advertisements

JDT merupakan kelab terbaik yang memiliki fasiliti bertaraf dunia untuk memastikan persembahan pemain dapat digunakan di tahap optimum.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram