Piala Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Beberapa kesilapan yang dilakukan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat dalam beberapa perlawanan sejak kebelakangan ini mengundang kritikan sesetengah penyokong.

Namun ianya bukanlah petanda bahawa karier Jordi Amat di JDT berada di hujung tanduk. Pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali dengan gelaran TMJ baru-baru ini telah membalas kritikan penyokong di laman sosial rasmi JDT.

Melaui tinjauan di ruangan komen, terdapat penyokong yang meninggalkan komen dan memberi cadangan kepada JDT menukarkan Jordi Amat dengan pemain yang lain.

Advertisements

TMJ membalas cadangan tersebut dengan menegaskan Jordi Amat merupakan pemain yang sesuai dengan falsafah yang diterapkan JDT. Tambahan pula, musim 2023 ini merupakan musim yang memperlihatkan JDT melepaskan gol paling sedikit berbanding musim-musim terdahulu.

“Tahun ini, bolos paling rendah dari tahun-tahun sebelum ini dalam sejarah kami. Jordi adalah ‘Ball Playing Defender’ yang sesuai dengan falsafah kami. Jikalau menang, kami semua menang, dan apabila kalah, kami semua kalah.

“Sama juga macam bolos. Bukan satu pemain yang patut dipersalahkan tetapi satu pasukan. Sebelum bercakap, nilai berdasarka fakta,” coret baginda di ruangan komen instagram @officialjohor.

Advertisements
TMJ Jordi Amat TMJ Balas Cadangan Terhadap Jordi Amat
Komen TMJ berkenaan Jordi Amat.

Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari, Jordi Amat bertindak menjatuhkan Ivan Mamut dalam kawasan kotak penalti sekaligus menghadiahkan sepakan penalti buat Terengganu.

Itu bukanlah kali pertama Jordi Amat melakukan kesilapan dalam perlawanan besar. Salah satunya adalah sewaktu perlawanan bersama Indonesia yang menyaksikan Jordi Amat menjaringkan gol sendiri dalam kekalahan besar 1-5 Indonesia terhadap Iran.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram