Adam Nor Azlin ‘Kereta Kebal’ Baharu Sertai Sri Pahang
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertahanan kental negara, Adam Nor Azlin secara rasminya meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menyertai Sri Pahang.

Pemain berusia 28 tahun itu kurang mendapat tempat dalam skuad utama JDT berikutan persaingan sengit di bahagian pertahanan.

Bekas tonggak utama negara ini lebih banyak diturunkan bersama JDT II dalam saingan Piala MFL 2023 dan memainkan peranan selaku kapten pasukan.

Advertisements

Menerusi pengumuman rasmi oleh Sri Pahang, Adam bakal menjadi tonggak baharu untuk memantapkan jentera pertahanan pasukan.

Pengalaman dan kebolehan beliau untuk beraksi pada beberapa posisi menyebabkan Sri Pahang tertarik untuk mendapatkan khidmatnya.

Advertisements

Anak jati Selangor ini menyertai JDT pada tahun 2017 dan berbakti hampir 7 musim dengan pelbagai trofi kejuaraan yang telah dimenanginya sejak berada di sana.

Keberadaan bersama Sri Pahang memberikan lebih banyak pilihan buat ketua jurulatih, Fandi Ahmad pada bahagian pertahanan bagi saingan musim 2024/25.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram