“Tiada Lagi Adam Nor & Haziq Nadzli Bersama JDT” – Zulhelmi
Transfer
Zulhelmi Zainal Azam
Advertisements

Dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Adam Nor Azlin dan Haziq Nadzli dijangka akan berhijrah ke pasukan lain musim depan.

Menurut ciapan yang dimuat naik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau memaklumkan bahawa dua tonggak JDT itu bakal ke pasukan Perak untuk musim 2024/2025.

Desas-desus khabar pemain Harimau Selatan yang bakal dipinjamkan ke The Bos Gaurus turut diperkuatkan lagi menerusi ciapan daripada Hafizal Hamad yang turut memberi bayangan bahawa seorang pertahanan dan penjaga gol berstatus bintang bakal memperkuat skuad kendalian Yusri Che Lah.

Advertisements

Untuk rekod, Adam Nor Azlin mula menyertai JDT pada tahun 2017 selepas berpindah dari pasukan Selangor. Sepanjang musim ini, pemain berusia 27 tahun itu banyak beraksi bersama JDT II dengan 15 penampilan dicatat dalam saingan Piala MFL 2023.

Sementara penjaga gol JDT, Haziq Nadzli pula sekadar mencatat tiga penampilan bersama pasukan JDT II dalam saingan Piala MFL 2023. Haziq dilihat sukar mendapat tempat di skuad utama selepas kehadiran penjaga gol baru, Syihan Hazmi. Penjaga gol berusia 25 tahun ini perlu berebut tempat bersama Farizal Marlias sebagai penjaga gol kedua JDT.

Advertisements

Biarpun belum ada pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak, kehadiran Adam dan Haziq ke skuad Perak musim depan bakal merancakkan lagi persaingan dalam liga. Khidmat Adam dan Haziq pastinya bakal dipertaruhkan sebaiknya oleh Yusri Che Lah buat Perak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram