Advertising
Dua Pemain JDT Bakal Sertai Perak?
Transfer
MakanBola
Johor Southern Tigers

Khabar angin mengenai berita perpindahan pemain utama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke kelab lain mula bertiup kencang apabila terdapat ura-ura yang mengaitkan beberapa pemain ke Perak.

Berita ini mula tular sejak beberapa hari lalu selepas difahamkan terdapat percaturan yang mahu dilaksanakan oleh skuad Harimau Selatan bagi memantapkan musim baharu.

Menerusi satu perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Hafizal Hamad, beliau memaklumkan bahawa terdapat dua orang pemain secara pinjaman bagi musim hadapan.

Ad

“Perak dijangka memperoleh dua pemain pinjaman bagi saingan musim hadapan. Satu di posisi penjaga gol dan satu lagi posisi pertahanan.”

Hantaran ini telah diulang ciap oleh penganalisis bebas bola sepak tempatan, Juan Bapakaw dengan menggunakan emoticon yang melambangkan warna JDT dan Perak.

Ad
Ad

Perkara ini sekaligus menguatkan desas-desus memgenai khabar pemain Harimau Selatan yang bakal dipinjamkan ke The Bos Gaurus.

Sungguhpun masih tiada pengumuman rasmi mengenai dua individu ini, ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah pernah memberi gambaran bahawa sekiranya perpindahan itu terjadi, ia bakal menjadi satu berita yang mengejutkan.