Penghijrahan pemain muda, Alfi Rasid ke dari Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidaklah seperti yang diharapkan. Alfi yang bersama skuad KDA FC B di Piala MFL masih belum diturunkan selepas 5 perlawanan.
Alfi yang juga merupakan adik kepada pemain kebangsaan, Safawi Rasid adalah pemain yang beraksi di posisi pertahanan kanan serta memakai jersi nombor 9 untuk KDA FC B bagi mengharungi saingan Piala MFL musim ini.
Pada musim lalu, Alfi beraksi bersama JDT III dan telah banyak membantu pasukan itu terutamanya dalam saingan Piala Presiden. Jika melihat kepada sesi latihan KDA FC B, kali terakhir foto Alfi sedang menjalani latihan adalah pada 28 Mac yang lalu.
Persaingan yang hebat di posisi pertahanan KDA FC B sudah tentu akan menimbulkan semangat juang yang tinggi bagi Alfi bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pada perlawanan-perlawanan akan datang.
KDA FC B kini berada di tangga ke-4 Piala MFL Kumpulan A dengan mengumpul 9 mata hasil tiga kemebnangan. Mereka dibezakan hanya dua mata dengan pasukan di tangga ke-3, JDT II. Untuk aksi seterusnya, KDA FC B dan JDT II akan bertemu pada 16 April ini di Stadium Darul Aman.