Adriano Berhasrat Gulung KL City
Dunia
Advertisements

Penyerang Melaka United, Adriano Narcizo dilihat mengakui pertemuan menentang KL City akan menjadi sukar, tetapi dengan keazaman dan keagresifan yang tinggi, mereka boleh mara ke final nanti.

Perkara ini telah dikongsikan oleh Harian Metro, pemain kelahiran Brazil memuji KL City menyatakan pasukan mereka merupakan pasukan yang berkaliber dan sangat bernilai.

Namun, bagi beliau tahap prestasi pasukannya juga meningkat dan lebih menyakinkan untuk menampilkan aksi yang terbaik pada pusingan pertama di Stadium Bolasepak Cheras malam ini.

Advertisements

“Saya fikir KL City pasukan yang sangat baik dan berkualiti, tetapi pasukan kami juga kini amat baik, malah kami juga berada dalam situasi lebih selesa untuk memberi persembahan cemerlang.” ujarnya

Dalam pada itu, Adriano juga menyatakan perasan gembira kerana dapat melaksankan tugas yang baik dalam kelabnya. Beliau akan terus menunjukkan fokus yang lebih tinggi bagi memastikan pasukannya layak mendapat kemenangan dan layak ke final.

“Saya sangat gembira membantu pasukan setakat ini namun saya perlu terus memberikan komitmen lebih tinggi pada peringkat ini untuk membantu kemenangan pasukan sekali gus ke final,” katanya.

Advertisements

Untuk rekod, Aksi Adriano dalam Melaka United bersama rakan sepasukannya seperti Giovane Gomes dan Sony Norde itu telah mengumpul 18 gol dalam perlawanan yang terkemuka ini.

Beliau juga menjelaskan setiap pemain sudah mempunyai cita-cita untuk mendapat kemenangan dalam saingan Piala Malaysia dan sentiasa memberikan komitmen yang lebih kepada pasukan yang mereka miliki.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram