AFC Asian Cup: Gol Padu Lee Kang-in Tawan Hati Penyokong Bola Sepak
Asia
FA Korea
Advertisements

Nama Lee Kang-in kini mencuri perhatian penyokong bola sepak apabila gol jarak jauh beliau berjaya menawan hati ramai penyokong.

Jaringan jarak jauh itu muncul pada minit ke-56 ketika Lee Kang-in melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti dan berjaya menewaskan penjaga gol Bahrain.

Jaringan Lee Kang-in kemudian menerima pujian penyokong yang menganggap gol tersebut berkelas dunia dan membuktikan status Lee Kang-in selaku bintang besar Korea Selatan.

Advertisements

Pemain tengah Korea Selatan yang turut bermain buat pasukan gergasi Perancis, PSG ini menambah duka Bahrain apabila menjaringkan gol kedua peribadi sekali gus menghadiahkan Taeguk Warriors kemenangan dalam aksi pertama Piala Asia.

“Gol kedua oleh Lee dari PSG sungguh hebat. Saya rasa dia akan menjadi pengganti Son Heung-min”

“Gol pertama Lee Kang-in mengagumkan namun gerakan sewaktu gol kedua sangat tenang”

Advertisements

“Jaringan pertama Lee Kang-in mengingatkan saya kepada gaya Lionel Messi. Lee kini pemain berkelas dunia”

“Lee Kang-in adalah permata baru Korea Selatan”

Komen-komen positif ini memenuhi video highlight perlawanan Korea Selatan bertemu Bahrain dan rata-ratanya memuji bukan sahaja jaringan, namun aksi yang dipersembahkan oleh Lee Kang-in.

Advertisements

Malah pemain tengah ini turut menerima penilaian tertinggi dari laman Sofascore dengan nilai 9.7 dalam perlawanan tersebut.

Lee Kang-in merekodkan 91% ketepatan hantaran dan mencipta 3 peluang serta memenangi 8 dari 14 kali perebutan bola sewaktu menentang Bahrain.

Lee Kang-in turut mengakui corak permainan berpasukan yang diterapkan Korea Selatan membantu beliau menjelmakan dua gol penting.

Advertisements

“Setiap gol yang terhasil adalah penting untuk pasukan dan dua gol itu bukan tentang saya sahaja. Gol itu bukan dari persembahan individu tetapi hasil kerjasama yang diberikan rakan sepasukan.” ujarnya.

Disaat ramai penyokong menanti impak yang bakal diberikan Son Heung-min dan Kim Min-jae dalam perlawanan tersebut, Lee Kang-in diam-diam mencuri perhatian dan mengejutkan ramai pihak.

Kini Korea Selatan bakal bertemu Jordan untuk aksi kedua peringkat kumpulan E Piala Asia pada 20 Januari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram