Perlawanan persahabatan yang menjadi tumpuan di antara Malaysia dan Syria tempoh hari berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.
Ini merupakan ujian yang terakhir skuad Harimau Malaya sebelum membuka pentas Piala Asia 2023 bertemu Jordan di Stadium Al-Janoub, Doha pada Isnin, 15 Januari 2024.
Selepas pada aksi itu, ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan setiap pemain yang diturunkan.
Beliau turut yakin dengan impak yang diberikan pasukan mampu bersaing dengan pasukan di ranking ke-91, Jordan selepas ini.
”Permulaan dari awal hingga akhir yang baik, saya gembira dengan prestasi Malaysia setakat ini,” katanya.
Sementara itu, Pan-gon menjelaskan beliau sudah mempunyai perancangan dari segi persiapan taktikal, keyakinan yang diterap kepada pemain supaya lebih bersedia menentang pasukan-pasukan gergasi.
”Tiada kecerdaan yang berlaku pada waktu perlawanan itu adalah baik, jurulatih kami akan menilai sepenuhnya permainan ini, dan cari 11 yang terbaik untuk perlawanan pertama nanti,” ujarnya.
Beliau juga bakal membuat pemilihan semula dan mencari 11 pemain yang terbaik untuk diturunkan berhadapan pasukan pertama iaitu Jordan.