Advertisements
AFC Asian Cup: Korea Selatan Bangkit Saat Akhir, Elak Dimalukan Jordan
Asia
MakanBola
FA Jordan

Aksi AFC Asian Cup antara pasukan Jordan dan Korea Selatan berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 bagi aksi kedua Kumpulan E.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Al-Thumama itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik namun tekanan pada ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann yang kehilangan beberapa tonggak utama.

Taeguk Warriors bermula hebat selepas memperoleh gol awal menerusi sepakan penalti kapten pasukan, Son Heung-min yang mudah menewaskan penjaga gol Jordan.

Kebangkitan pasukan bimbingan Hussein Ammouta bermula selepas sepakan penjuru yang berjaya singgah di bahagian belakang gawang sebelum tandukan pertahanan kental, Yazan Al-Arab menjaringkan gol penyamaan.

Sebelum tamat babak pertama, percubaan kencang yang dilakukan oleh penyerang Jordan, Yazan Al-Naimat berjaya meletakkan pasukan di hadapan.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan cuba melakukan gerakan namun dihalang oleh kekebalan benteng pertahanan lawan.

Percubaan kencang Lee Kang-in hampir-hampir menyamakan kedudukan namun berjaya ditempis keluar oleh penjaga gol Jordan, Yazeed Abulaila.

Gol sendiri Yazan Al-Arab membantu Korea Selatan untuk meraih satu mata berharga untuk menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati.

Tambahan masa 10 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Keputusan ini memastikan Jordan memungut 4 mata dengan Korea Selatan juga memiliki mata yang sama menjelang aksi akhir beberapa hari lagi.