AFC Asian Cup: Marselino Ferdinan ‘Gegar’ Qatar, Asnawi Jadi Pemain Terburuk Lawan Iraq
Asia
PSSI
Advertisements

Aksi Kumpulan D Piala Asia 2023 menyaksikan Indonesia tewas 3-1 kepada Iraq. Perlawanna sama turut menyajikan kisah berbeza buat Marselino Ferdinan dan Asnawi Mangkualam.

Nama Marselino menjadi sebutan kerana menyumbat gol tunggal Tim Garuda semasa menentang Iraq.

Selain mencipta gol pada minit ke-36, beliau juga hampir meletakkan Timnas Indonesia di hadapan seawal minit keempat. Bagaimanapun, cubaan sepakan lambung Marselino tidak mengenai sasaran.

Advertisements

Dari segi penilaian persembahan, pemain KMSK Deinze itu mendapat markah 8.1 mata oleh Sofascore.

Beroperasi di bahagian sayap kiri, Marselino menjadi duri dalam daging kepada pertahanan Singa Mesopotamia. Beliau bukan saja mencipta 14 hantaran tepat daripada 20 percubaan.

Malah, bekas pemain Persebaya itu juga berjaya mendapatkan semula bola sebanyak 13 kali dan memenangi 10 daripada 13 pertarungan di atas padang.

Advertisements

Bagi Asnawi pula, ini satu kisah berbeza. Kesukarannya mengawal bahagian kanan pertahanan Tim Garuda menyumbang kepada kekalahan pasukan itu.

Bekas bek kanan Jeonnam Dragons itu gagal mengekang gerakan serangan Singa Mesopotamia yang membawa kepada gol kedua mereka yang dijaringkan Osama Rashid.

Persembahan buruknya itu bukan saja menyebabkan beliau digantikan oleh Witan Sulaeman pada babak kedua. Malah, Asnawi turut mendapat markah 5.7 mata oleh Sofascore.

Advertisements

Bek kana berusia 24 tahun itu berusaha memenangi pertarungan bola dengan pemain Iraq tetapi gagal melakukannya dalam lima percubaan.

Kelebihan fizikal yang dimiliki pemain-pemain Singa Mesopotamia juga memastikan tiga cubaan hantaran jauh beliau berjaya disekat mereka.

Bagi kedua-dua pemain, mereka pasti berazam mahu membantu Indonesia bangkit selepas dihampakan pasukan lawan dari Asia Barat itu.

Advertisements

Indonesia bakal berhadapan dengan negara serantau, Vietnam untuk aksi kedua Kumpulan D pada 19 Januari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram