AFC Asian Cup: Shahrul Saad Anggap Aksi Bahrain Sebagai Hidup Dan Mati
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Shahrul Saad menganggap aksi kedua Malaysia bertemu Bahrain dalam saingan Kumpulan E Piala Asia 2023 sebagai perlawanan hidup dan mati.

Hanya dengan kemenangan mampu mencerahkan peluang Malaysia mara ke pusingan 16 terakhir selepas tewas besar 0-4 kepada Jordan pada aksi pertama.

“Sudah tentu perlawanan esok merupakan misi hidup mati buat kami. Perlawanan esok merupakan satu detik perubahan buat kami. Kita akan beri yang terbaik, kita akan berjuang sehingga ke akhirnya untuk mendapatkan tiga mata. Meskipun perlawanan ini sukar tapi kita takkan berputus asa.

Advertisements

“Kita tahu kita boleh melakukan perubahan dalam perlawanan esok. Sudah pasti perlawanan esok sukar tetapi kita akan bagi yang terbaik untuk mendapatkan mata dalam perlawanan esok,” ujar Shahrul ketika ditemubual Astro Arena.

Mengulas mengenai persediaan pasukan, Shahrul berkata segalanya tampak positif dalam sesi latihan. Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berharap Malaysia mampu mencetak jaringan awal dan bertahan dengan lebih baik lagi.

“Ya, kita sudah melakukan persediaan sebelum perlawanan esok. Kita memiliki mood positif semasa latihan. Kita tahu kita boleh melakukan sesuatu dalam perlawanan esok. Sudah pasti kita ada pemain-pemain berkualiti, pasukan yang bagus.

Advertisements

“Kita tahu perlawanan esok sukar tapi saya percaya kita mampu berikan sesuatu seperti menjaringkan gol awal dan bertahan dengan lebih bagus daripada pasukan Bahrain,” katanya lagi.

Shahrul Saad dijangka akan diletakkan di dalam kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Bahrain malam ini selepas keadaan benteng yang agak merisaukan pada aksi pertama menentang Jordan tempoh hari.

Selain Shahrul, Malaysia juga dikhabarkan akan menggunakan khidmat pemain tengah, Natxo Insa yang memberi khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia apabila sudah menjalani latihan utama bersama rakan sepasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram