Aksi tumpuan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melibatkan dua wakil Malaysia, Terengganu FC dan Sabah FC terus menjadi bualan.
Seperti yang sedia maklum, terdapat tiga wakil Malaysia untuk membawa cabaran ke Asia iaitu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Liga Juara-Juara AFC (ACL) manakala Terengganu dan Sabah di Piala AFC.
Ketiga-tiga pasukan ini mara tanpa perlu melalui pusingan kelayakan (play-off) seperti beberapa pasukan lain di Asean menurut kuota yang diberikan oleh AFC.
Persoalan timbul berkenaan kemaraan dua pasukan Malaysia ini dan bagaimana Malaysia menentukan pemilihan pasukan ini setelah JDT memenangi kesemua kejuaraan domestik musim lalu.
Menerusi peraturan yang telah ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), slot utama diberikan kepada pasukan yang menjulang Liga Super dan naib juara liga.
Walau bagaimanapun, jika juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia adalah kelab sama, atau Piala Malaysia dimenangi pasukan naib juara Liga Super, maka slot kedua ke Piala AFC akan diberikan kepada pasukan di tempat ketiga Liga Super yang dihuni oleh Sabah FC.
Menerusi undian AFC baru-baru ini, Terengganu menerima cabaran hebat apabila diundi bersama wakil Indonesia, Bali United, gergasi Australia, Central Coast Mariners dan Stallion Laguna dari Filipina dalam Kumpulan G.
Sabah FC pula berada dalam kumpulan H bersama Haiphong FC dan wakil Singapura, Houganng United, Haiphong (Vietnam) dan PSM Makassar dari Indonesia.
Undian pusingan kalah mati akan dijalankan untuk menentukan dua perlawanan bagi peringkat ini. Kedua-dua pemenang kemudian bermain antara satu sama lain dalam perlawanan akhir Antara Zon (Inter Zone) untuk memperoleh peluang menghadapi pemenang perlawanan akhir Zon Barat dalam AFC Cup™ 2023/24 Final pada 5 Mei 2024.
Keputusan: Hasil undian Piala AFC 23/24