AFC Cup: Central Coast Mariners Tepati Ramalan, Tundukkan Phnom Penh Crowns
AFC Cup
Phnom Penh Crown
Advertisements

Juara A-League musim lepas, Central Coast Mariners mengesahkan kemaraan ke final Zon ASEAN Piala AFC musim 2023-2024 hari ini.

Ini selepas pasukan yang dibimbing Mark Jackson itu menewaskan wakil Kemboja, Phnom Penh Crowns di peringkat separuh akhir Zon ASEAN hari ini.

CCM mahu mengikut jejak langkah Macarthur selepas The Bulls mengalahkan Sabah FC dalam satu lagi aksi separuh akhir hari ini.

Advertisements

Bagaimanapun, sebaik sepak mula, The Red Singha yang dibimbing jurulatih Oleg Starynskyi berusaha menyekat barisan serangan tuan rumah.

Pada awalnya, formasi 3-5-2 yang digunakan jurulatih Ukraine itu berjaya memastikan CCM hanya merekodkan tiga percubaan sahaja.

Advertisements

Kesungguhan tuan rumah memburu gol akhirnya berhasil apabila Jing Reec meledakkan rembatan menewaskan penjaga gol pelawat, Um Vichet pada minit ke-37. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, CCM semakin ghairah memburu jaringan tambahan tetapi terus digagalkan barisan pertahanan pelawat.

Advertisements

Ini mendorong Jackson memasukkan Ryan Edmondson dan Christian Theoharous untuk menambah sengat di bahagian serangan.

Percaturan bekas jurulatih MK Dons itu berhasil apabila Edmondson menyumbat dua gol pada minit ke-72 dan 78.

Advertisements

Edmondson kemudiannya melengkapkan hatrik dengan meledakkan gol keempat perlawanan pada minit akhir perlawanan. Keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Impak tiga gol yang dibawa Edmondson menjadikan beliau sebagai pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore dengan markah 9.2 mata.

CCM dan Macarthur bakal bersaing di pentas final Zon ASEAN Piala AFC pada 22 Februari ini. Pemenang perlawanan itu bakal mewakili Zon ASEAN untuk separuh akhir antara zon pada Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram