AFC Cup: Hai Phong Garang Belasah Hougang United
AFC Cup
AFC
Advertisements

Hai Phong mudah mengalahkan cabaran Hougang United 3-0 dalam aksi terakhir kumpulan H Piala AFC.

Hai Phong turun dengan formasi 4-1-4-1 manakala Hougang United tampil lebih defensif dengan formasi 3-5-1-1.

Pemain tengah Hai Phong, Martin Lo membuka tirai jaringan pada minit ke-27 hasil bola hantaran Ho Minh Di.

Advertisements

Giliran Ho Minh Di pula menjaringkan gol pada minit ke-34 setelah menyempurnakan hantaran daripada Lucao do Break.

Hai Phong menguasai pegangan bola dan lebih dominan untuk separuh masa pertama sekaligus menyukarkan percaturan taktikal Hougang United.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Joseph Mpande menambah duka Hougang United menerusi gol ketiga perlawanan pada minit ke-54.

Malang berganda buat Hougang United apabila pertahanan muda, Iryan Fandi menjaringkan gol sendiri pada minit ke-80.

Advertisements

Tamat perlawanan, Hai Phong menang bergaya 4-0 ke atas Hougang United untuk menduduki tangga kedua kumpulan H.

Hougang United melalui musim yang sukar dalam saingan Piala AFC apabila sekadar merekodkan 1 kemenangan dalam 6 perlawanan dan menamatkan saingan ditangga terakhir kumpulan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram