AFC Cup: Langkah Sabah Terhenti, Tewas Kepada Macarthur
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Aksi AFC Cup antara pasukan Sabah dan juga Macarthur menyaksikan kemenangan memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 3-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sukan Campbelltown itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik namun The Rhinos tampil tanpa kelibat pemain sayap sensasi, Saddil Ramdani.

Aksi babak pertama berlangsung cukup baik dengan Macarthur kelihatan bersedia untuk mengekang segala asakan lawan.

Advertisements

Peluang beraksi di laman sendiri menyaksikan tuan rumah melakukan beberapa siri gerakan awal untuk menjaringkan gol menerusi Raphael Borges namun melepasi palang gol.

Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila kapten pasukan Macarthur, Ulises Davila berjaya melakukan satu pusingan dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-39.

Advertisements

Babak pertama perlawanan tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, Sabah dibedil dengan gol kedua apabila larian Jed Drew yang melepaskan dembatan kencang selepas memperdaya Daniel Ting.

Advertisements

Kemasukan pemain gantian, Jafri Firdaus hampir menambah hukuman buat Sabah setelah memberikan beberapa kesalahan kepada lawan.

Sabah terpaksa menerima hakikat apabila dibolosi gol ketiga sekaligus menutup peluang untuk mara ke pentas akhir.

Advertisements

Anak buah hadir dengan beberapa siri gerakan namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan lawan yang cukup berdisiplin.

Tambahan masa 7 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal memihak kepada Macarthur dengan keputusan 3-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram