AFC Cup: PSM Makassar Bangkit Tundukkan Hougang United
AFC Cup
PSM MAKASSAR
Advertisements

Aksi Piala AFC 2023 hari ini membabitkan pertemuan antara wakil dari Singapura, Hougang United menentang wakil Indonesia, PSM Makassar.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar ini bermula dengan aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Kedua-dua pasukan gagal meraih sebarang gol meskipun banyak peluang keemasan terhidang. Babak pertama tamat, Hougang United 0-0 PSM Makassar.

Advertisements

Bersambung aksi di separuh masa kedua permainan, pasukan tuan rumah Hougang United akhirnya memecah kebuntuan seawal minit ke-48 permainan.

Pemain import Hougang, Dorde Maksimovic tenang menanduk masuk bola ke gawang selepas memanfaatkan hantaran daripada Takayama. Jaringan tersebut menyaksikan Hougang mendahului 1-0 dihadapan.

Advertisements

Tersentak dengan jaringan tersebut, PSM Makassar tak tunggu lama untuk merapatkan kedudukan. Kesilapan pertahanan Hougang, Abdil Qaiyyim yang tertampan masuk bola ke gawang sendiri telah memberikan gol penyamaan buat PSM Makassar.

Pada minit ke-71 permainan, giliran pertahanan PSM Makassar, Safrudin Tahar mencatat nama sebagai penjaring. Sepakan penjuru yang diambil Arfan telah membuka ruang buat Safrudin menjaring untuk gol kedua pasukan pelawat.

Advertisements

Sebelum tamat perlawanan, PSM Makassar sempat mencipta jaringan ketiga pada waktu kecederaan. Jaringan tersebut memastikan tiga mata diraih anak buah Bernando Tavares di laman lawan.

Aksi tamat, Hougang United 1-3 PSM Makassar.

Advertisements

Perlawanan seterusnya menyaksikan Hougang United akan bertemu wakil Malaysia, Sabah semesntara PSM Makassar pula akan berdepan Hai Phong dalam aksi saingan Kumpulan H. Hougang United bakal menentang Sabah di laman sendiri dan PSM Makassar bakal melayan kunjungan Hai Phong pada 30 November 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram