AFC Cup: Terengganu ‘Rantai’ Jaguh Australia, Central Coast Mariners
AFC Cup
AFC Cup
Advertisements

Hasrat Central Coast Mariners menebus kekalahan 1-0 di tangan Terengganu FC pada September lalu gagal apabila seri 1-1 dengan lawan sama di Stadium Central Coast.

Kedua-dua pasukan tahu kemenangan hari ini mampu mencerahkan peluang mereka ke pusingan separuh akhir zon ASEAN Piala AFC.

Babak pertama menyaksikan tuan rumah banyak mendominasi perlawanan. Ini dibuktikan dengan statistik Sofascore di mana CCM mengawal 62% penguasaan bola.

Advertisements

Bagaimanapun, setiap percubaan mereka berjaya dinafikan oleh penjaga gol Peteh, Suhaimi Husin. Keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, permainan mula rancak membabitkan kedua-dua pasukan.

Advertisements

Terengganu mengejutkan tuan rumah dengan gol pembukaan menerusi Engku Nur Shakir Engku Yacob pada minit ke-53.

Hantaran Sony Norde ditanduk lambung oleh Engku Shakir ke arah gol CCM. Percubaan tersebut mengelirukan pertahanan CCM sebelum masuk ke dalam gol.

Advertisements

Tersentak, The Mariners mula menggandakan asakan bagi mendapatkan gol penyamaan.

Ini mendorong jurulatih CCM, Mark Jackson membuat beberapa pertukaran untuk menambah sengat di bahagian serangan.

Advertisements

Malangnya, barisan pertahanan Terengganu diketuai Sardor Kulmatov kerap mengecewakan setiap percubaan mereka.

Perlawanan semakin panas apabila beberapa terjahan keras pemain tuan rumah mengundang rasa tidak puas hati pemain Terengganu.

Namun begitu, CCM akhirnya mendapat gol penyamaan menerusi pemain gantian Miguel Di Pizio pada minit ke-87.

Dengan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata, peluang untuk layak ke pusingan seterusnya bagi kedua-dua pasukan masih lagi terbuka.

Sofascore memilih Suhaimi dan Angel Torres sebagai pemain terbaik kedua-dua pasukan dengan masing-masing mendapat markah 8.1 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram