AFF B-16: Pertembungan Separuh Akhir 4 Negara Besar Jadi Tumpuan
MakanBola
Timnas Indonesia/Changsuek/Vietnam FF
Sponsors

Pusingan separuh akhir Kejuaraan AFF B-16 2024 menyaksikan empat negara besar bakal membuat perhitungan bagi memburu tempat di perlawanan akhir.

Indonesia selaku tuan rumah kejohanan menjadi negara pertama yang mengesahkan tempat di separuh akhir setelah mencatatkan kemenangan dalam dua aksi pertama peringkat kumpulan A ke atas Singapura dan Filipina.

Ad

Aksi terakhir melibatkan skuad muda Indonesia dan Laos menyaksikan Garuda Muda tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata apabila mencatatkan kemenangan besar 6-1 di Stadium Manahan.

Ad

Pasukan kedua yang berjaya mara merupakan juara kumpulan B iaitu Vietnam yang meraih tujuh mata daripada tiga aksi kumpulan hasil dua kemenangan besar ke atas Brunei 15-0 dan Myanmar 5-1.

Walau bagaimanapun, Kemboja menjadi penghalang Vietnam untuk mencatatkan kemenangan bersih apabila kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 untuk sekadar berpuas hati dengan satu mata yang dikutip.

Ad

Negara ketiga adalah Australia yang berjaya muncul juara kumpul C meskipun diikat tanpa jaringan oleh Thailand dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan minggu lalu.

Ad

Namun, The Joeys berhasil mencatatkan kemenangan ke atas skuad muda Malaysia 2-0 dan Timor Leste 12-0 dalam aksi terakhir kumpulan untuk mengesahkan tiket sebagai juara kumpulan dengan tujuh mata.

Ad

Thailand merupakan negara terakhir yang melengkapkan empat pasukan yang mara ke separuh akhir sebagai naib juara terbaik setelah mengutip tujuh mata daripada tiga perlawanan di kumpulan C.

Kedudukan terakhir menyaksikan Thailand dan Kemboja saling terikat tujuh mata untuk bergelar naib juara terbaik namun akuad muda Gajah Perang itu memiliki kelebihan dari segi jaringan untuk meloloskan diri ke separuh akhir.

View this post on Instagram

A post shared by MakanBola Indonesia (@makanbolaindonesia)

Perlawanan separuh akhir Kejuaraan AFF B-16 bakal berlangsung pada Isnin, 1 Julai dengan aksi Vietnam-Thailand dijadualkan pada jam empat petang waktu tempatan manakala Indonesia-Australia pada jam 8.30 malam.

Pemenang di peringkat separuh akhir akan bertemu di peringkat akhir pada 3 Julai sementara perlawanan penentuan tempat ketiga turut dijalankan pada hari yang sama di sebelah petang.