AFF U23: 3 Pemain Jadi Tumpuan Aksi ‘Panas’ Malaysia & Indonesia
Piala AFF
Daryl & Ramadhan
Advertisements

Pertembungan antara dua pasukan jiran tetangga, Malaysia dan Indonesia bakal berlangsung dengan penuh debaran tatkala tiga pemain utama kedua-dua pasukan bakal menjadi tumpuan.

Aksi pertama pasukan bimbingan E. Elavarasan bakal menyaksikan skuad muda Malaysia tampil dengan beberapa wajah baharu setelah diberi peluang untuk menyertai pasukan.

Malah, pengendali Timnas Indonesia, Shin Tae-yong juga mengakui bahawa beliau tidak dapat membawa barisan terbaik pada kejohanan kali ini disebabkan tidak dilepaskan oleh kelab.

Advertisements

Namun begitu, tumpuan terarah kepada tiga pemain utama yang dijangka mampu mengubah nasib kedua-dua pasukan.

1. Daryl Sham (Malaysia)

Pemain muda pasukan Johor Darul ta’zim (JDT) ini antara muka yang menjadi tumpuan dalam kejohanan kali ini.

Advertisements

Bintang kacukan Malaysia-Filipina ini menjadi antara pemain paling konsisten bersama JDT II di Piala MFL 2023.

Pemain berusia 20 tahun ini merekodkan 5 gol dalam 13 penampilan dan menjadi antara pemain dengan minit bermain terbanyak musim ini.

Kehadiran beliau sudah pasti ditagih Elavarasan untuk menajamkan lagi jentera serangan pasukan dalam misi meraih 3 mata berdepan sang Garuda.

Advertisements

2. Ramadhan Sananta (Indonesia)

Kehadiran peledak berbisa Indonesia, Ramadhan Sananta sudah pasti menjadi bualan ramai.

Bintang muda berusia 21 tahun ini menjadi antara tumpuan dengan rekod jaringan luar biasanya pasti membayangi aksi kali ini.

Advertisements

Pemain yang beraksi buat juara Liga 1 Indonesia musim lalu, PSM Makassar kini memperkuat pasukan Persis Solo terus membuktikan kalibernya di atas padang.

Beliau kini sudah pun meledak 4 gol dalam 7 penampilan saingan Liga 1 dengan rekod memberangsangkan bersama Timnas Indonesia perlu menjadi perhatian rapat.

3. Ubaidullah Shamsul (Malaysia)

Pertahanan muda Terengganu ll ini merupakan antara pemain paling konsisten musim ini.

Pada usia 19 tahun, beliau telah mempamerkan kematangan untuk memacu pasukan bimbingan Hairuddin Omar menamatkan saingan Piala MFL kumpulan A di tangga teratas liga.

Beliau dijangka akan terus memainkan peranan yang cukup penting buat Malaysia terutamanya bagi menyekat kemaraan Indonesia.

Pada musim ini, beliau telah beraksi sebanyak 13 perlawanan sekitar 1170 minit selain berjaya memastikan gawang gol Terengganu kebal dalam setiap aksi.

Kesimpulan:

Indonesia tampil dengan beberapa muka yang dibawa dari skuad emas Sukan SEA tempoh hari. Malaysia juga perlu berusaha keras bagi memastikan tiga mata dibawa pulang untuk memastikan slot ke pusingan berikutnya terjamin.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram