AFF U23: Brunei Catat ‘Rekod Telur’ Menentang Kemboja
Piala AFF
Asean Football
Advertisements

Aksi pembukaan kejohanan Piala AFF U23 dimulakan dengan kekalahan besar Brunei di tangan Kemboja.

Pasukan bimbingan Atsushi Hanita jelas tidak mampu menandingi kekuatan Kemboja dengan asakan bertali-arus sepanjang 90 minit permainan.

Dua gol pada babak pertama menerusi ledakan pemain muda berbakat, Sor Ratana sebelum jaringan sendiri Jefri Syafiq memberikan kesukaran buat Brunei.

Advertisements

Bersambung babak kedua, detik kebangkitan yang diharapkan tidak lagi kelihatan apabila Kemboja menjaringkan tiga lagi gol menerusi Son Ratana, Mean Chanrith dan Ean Pisey untuk menambah duka lawan.

Keputusan itu kekal sekaligus menyaksikan Kemboja memulakan kempen Kumpulan A dengan tiga mata.

Detik ini semakin mencabar tatkala juara bertahan Piala AFF U23, Thailand bakal menjadi lawan berikutnya buat Brunei manakala Kemboja akan menerima tentangan Myanmar.

Advertisements

Aksi seterusnya bagi Kumpulan A adalah pertemuan antara Thailand dan Myanmar yang akan berlangsung di Stadium PTT malam ini.

Aksi tumpuan adalah pada esok hari apabila Malaysia dijadualkan berdepan musuh tradisi, Indonesia bagi aksi pembukaan Kumpulan B.

Video penuh: Kemboja vs Brunei

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram