AFF U23: Jurulatih Vietnam Tak Puas Hati
Piala AFF
VFF
Advertisements

Walaupun berjaya melangkah ke separuh akhir Piala AFF U23, ianya bukanlah tiket buat pengendali skuad Vietnam Bawah 23, Hoang Anh Tuan untuk berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan anak buahnya.

Bagi pengendali berusia 55 tahun itu, apa yang dipersembahkan oleh para pemainnya ketika aksi Kumpulan C Piala AFF U23 menentang Filipina itu adalah kurang memuaskan. Anh Tuan juga mahu pemainnya melupakan perlawanan itu dengan segera.

“Saya hanya mahu berkongsi satu perkara iaitu saya tidak berpuas hati dengan cara Vietnam beraksi hari ini (menentang Filipina). Walaupun kita kini layak ke separuh akhir, saya mahu pemain-pemain melupakan perlawanan ini secepat mungkin kerana kualiti perlawanan agak teruk,” luah Anh Tuan kepada media selepas tamat perlawanan.

Advertisements

Anh Tuan dalam masa yang sama juga mahu kesemua pemain yang dibawa agar dapat peluang bermain di kejohanan ini. Ini kerana mereka turut membawa pemain-pemain Bawah 17 dan Bawah 20 Vietnam ke kejohanan ini.

“Vietnam U23 menggunakan 4 pemain U17 dan U20, saya mahu mereka berpeluang beraksi. Pada separuh masa kedua, terdapat beberapa posisi yang tidak dimainkan dengan baik dan itulah yang membuatkan saya tidak gembira.” jelas Anh Tuan lagi.

Vietnam bakal berdepan Malaysia di peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada esok 24 Ogos. Satu lagi separuh akhir akan menemukan tuan rumah, Thailand yang akan bertemu Indonesia juga pada tarikh yang sama.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram