Nama pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Afiq Fazail kembali menjadi sebutan di Asia.
Ini kerana nama pemain tengah Harimau Malaya itu tercalon dalam senarai bantuan gol terbaik Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim 2024/25.
Bantuan gol yang dicipta Afiq dalam aksi menentang Ulsan HD membantu Bergson da Silva menyumbat gol ketiga perlawanan pada minit ke-88. JDT selesa mengalahkan Ulsan 3-0.
Lebih menarik, bantuan gol tersebut terhasil selepas beliau masuk sebagai pemain gantian seminit sebelumnya. Afiq masuk menggantikan pemain tengah veteran, Natxo Insa.
Meskipun begitu, anak jati Pontian, Johor itu dijangka berdepan saingan sengit untuk merebut anugerah bantuan gol terbaik ACLE.
Ini kerana Afiq perlu bersaing dengan 14 pemain lain. Antara pencabar beliau ialah Suphanat Mueanta, Roberto Firmino, Riyad Mahrez dan Joao Cancelo.
Peminat bola sepak negara yang ingin mengundi Afiq masih berpeluang berbuat demikian. Ini kerana undian akan ditutup pada jam 5.00 petang, 27 Jun.
Penyokong Malaysia yang ingin mengundi boleh melakukannya dengan menekan pautan ini.