Dunia
FAM Official
Advertisements

Walaupun terdapat desas-desus mengenai masa depan pemain Terengganu FC (TFC), Faisal Halim yang dijangka akan tamat kontrak hujung tahun ini, namun agen pemain tersebut mendedahkan sehingga kini masih belum ada tawaran dari kelab lain kepada pemain sayap lincah tersebut.

Faisal atau lebih lebih mesra dipanggil Mickey menunjukkan prestasi yang membanggakan bersama TFC sejak penghijrahan beliau dari pasukan Pahang musim lalu. Kecemerlangan beliau juga berjaya membuka mata pengendali pasukan negara, Kim Pan-gon untuk memanggil beliau menyarung jersi keramat Harimau Malaya.

Agen kepada Faisal, Joe Estrada Sports Agency mendedahkan bahawa sehingga kini, Faisal masih lagi berkontrak dengan TFC dan hanya ada satu tawaran sahaja iaitu kontrak lanjutan dari TFC yang mahu mengekalkan pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Advertisements

“Faisal Halim sedang fokus untuk tugasan negara dan masih berkontrak dengan Terengganu FC. Sehingga sekarang tiada tawaran rasmi dari mana-mana kelab kecuali dari TFC sendiri untuk kontrak lanjutan,” jelas agen yang dikenali sebagai Joe dalam laman Instagram milik beliau.

Joe Estrada Faisal Halim Faisal Halim Dijangka Kekal Bersama Terengganu FC

Khidmat Faisal Halim sudah pasti diburu oleh kelab-kelab lain jika melihat kepada prestasi beliau untuk dua tahun kebelakangan ini. Beliau mampu untuk menajamkan lagi barisan serangan pasukan dan sentiasa dahagakan gol. Sehingga kini beliau sudah pun menjaringkan dua gol dalam semua pertandingan domestik dan mencetak satu gol bersama skuad kebangsaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram