Ailton Silva Tinggalkan Kelantan United
Liga Super
Kelantan United FC
Advertisements

Selepas Penang FC, Kelantan United FC bakal menggunakan khidmat jurulatih interim untuk menamatkan baki perlawanan Liga Super mereka.

Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan jurulatih Brazil, Ailton Silva telah meninggalkan pasukan dari Pantai Timur itu hari ini.

Bekas pengendali Chiangrai United itu dibawa masuk sebagai jurulatih skuad utama Kijang Hijau pada pertengahan Jun lalu sebagai pengganti jurulatih sebelumnya, Tomas Trucha.

Advertisements

Trucha sebelum itu dilepaskan pengurusan kelab susulan prestasi buruk Kelantan United sejak dari awal musim.

Begitupun, rekod Kijang Hijau tidak menunjukkan sebarang peningkatan di bawah kendalian Silva sepanjang 15 perlawanan dalam semua kejohanan.

Tempoh tersebut menyaksikan Kelantan United ditimpa lapan kekalahan, tiga seri dan empat kemenangan.

Advertisements

Pada masa sama, Kijang Hijau turut merekodkan kemenangan terbesar mereka iaitu kemenangan 7-0 ke atas Kelantan FC dalam saingan Challenge Cup pada 18 September lalu.

Dengan Silva tidak lagi mengemudi pasukan, peranan jurulatih interim dijangka dipangku oleh penolong jurulatih Nazrulerwan Makmor.

Kelantan United bakal turun menentang KL City FC di Stadium Cheras pada 26 November ini. Setelah itu, mereka menutup tirai musim 2023 dengan dua perlawanan di tempat sendiri.

Advertisements

Mereka akan menentang Negeri Sembilan FC pada 1 Disember ini sebelum menentang Kelantan pada 17 Disember.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram