Challenge Cup: Kelantan United Belasah Kelantan 7-0
MFL
TRW Kelantan FC
Advertisements

Aksi derby Kelantan dalam saingan suku akhir Challenge Cup membabitkan Kelantan United FC dan Kelantan FC berakhir dengan kemenangan besar buat skuad Kijang Hijau.

Kedua-dua pasukan turun dengan prestasi berbeza. Skuad Kijang turun dengan memori 29 gol dalam tiga perlawanan pada Ogos lalu.

Sementara Kelantan United pula masih segar dengan kemenangan ke atas Kuching City FC yang diraih pada 4 September lalu.

Advertisements

Keputusan positif ini mendorong anak-anak buah Ailton Silva tampil garang pada separuh masa pertama. Mereka tidak menunggu lama membuka jaringan menerusi pemain pertahanan Croatia, Dominik Balic pada minit kesembilan.

11 minit kemudian, giliran Ismaheel Akinade pula menghantui pasukan lamanya dengan gol kedua Kelantan United. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, tugas The Red Warriors makin sukar apabila pengadil Muhammad Munir Mohd Izam melayangkan kad merah kepada penjaga gol, Irfan Haikal Mohd Iffendi.

Ini selepas Irfan Haikal membentes Ismaheel di luar kotak penalti. Sepakan percuma yang dianugerahkan kepada tuan rumah mudah disempurnakan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-58 – gol ke-107 beliau dalam kariernya.

Advertisements

Faiz Nasir dan S. Sharvin dan Royizzat Daud menambah bekalan gol Kijang Hijau dengan gol keempat dan kelima pada minit ke-74 dan 79.

Royizzat Daud melengkapkan malam gemilang Kelantan United dengan dua gol pada minit ke-87 dan 90. Ini merupakan kemenangan terbesar Kijang Hijau dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Advertisements

Kelebihan tujuh gol ini bakal jadi bekalan selesa buat Kelantan United untuk aksi suku akhir kedua pada 4 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram