‘Ajaran Sesat’ Jordan Mintah Pada Adisak Kraisorn Mencuit Hati
Hiburan
Terengganu FC
Advertisements

Gelagat yang ditunjukkan oleh dua pemain Terengganu FC, Jordan Mintah dan juga Adisak Kraisorn sentiasa mencuit hati ramai.

Dua pemain ini mengharungi musim yang baik bersama pasukan Pantai Timur tersebut dengan Mintah bersama Terengganu ll sementara Adisak bersama skuad utama Terengganu.

Mereka kelihatan begitu gembira menikmati kehidupan di Terengganu dengan kemesraan antara para pemain juga kelihatan begitu erat.

Advertisements

Menerusi satu hantaran di laman sosial, penyerang kebangsaan Thailand itu kelihatan cukup akrab dengan Minta dan menikmati hidangan bersama-sama.

Mereka disambut cukup baik oleh pelayan di kedai yang asyik melihat dua pemain ini menikmati air tangan masakan negeri Terengganu.

Ketika ditanya tentang rasa makanan tersebut, Adisak cuba mempamerkan kebolehannya untuk bertutur dalam bahasa Melayu.

Advertisements

“Sedap ikan ni. Sedap bodoh,” ujar Adisak yang tidak sedar akan kesilapannya.

Perkara itu ditegur oleh Jordan yang memberitahu penggunaan kata sebenar untuk menggambarkan rasa makanan tersebut.

“Sedap do’oh, bukan sedap bodoh. Oh berat nanang.”

Advertisements

Tawa juga mengiringi perbualan tersebut dengan para peminat memuji usaha dua pemain import ini untuk bertutur dalam bahasa Melayu.

Masa depan dua pemain ini masih belum terjawab dengan Adisak mula dikaitkan dengan perpindahan ke Thailand manakala Jordan difahamkan mahu meninggalkan Terengganu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram