Skuad muda Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengatur persiapan menghadapi musim 2026 dengan menewaskan skuad Singapura B-17.
Kejayaan skuad JDT IV itu dilakar dalam satu aksi persahabatan yang diadakan pada 7 Februari lalu.
JDT IV yang dibimbing jurulatih Sepanyol, Juan Alejandro Jimenez Lombarte meraih kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Alif Hamzi.
Aksi ini dilihat sebahagian daripada persiapan kedua-dua pasukan bagi mengharungi musim 2026 yang mencabar.
JDT IV berharap dapat mempertahankan kejuaraan Piala Belia yang dimenangi pada 2024 dan 2025.
Singapura B-17 pula mahu tampil lebih mantap menjelang Kejohanan ASEAN B-16 2026 yang akan berlangsung di Indonesia pada April ini.