Akhyar Rashid Buktikan Dirinya Tonggak Penting Harimau Malaya
Harimau Malaya
Advertisements

Pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid membuktikan dirinya merupakan tonggak penting pasukan kebangsaan berdasarkan statistik semasa beliau bersama pasukan Malaysia.

Akhyar Rashid memainkan watak penting dalam 2 perlawanan persahabatan menentang Syria dan China apabila beliau menyumbangkan 1 gol (Syria) dan 1 bantuan jaringan (China) buat Malaysia.

Malah pemain berusia 24 tahun ini telah menjaringkan 3 gol dan mencipta 2 bantuan jaringan sewaktu menyarung jersi Harimau Malaya untuk tahun ini.

Advertisements

Akhyar Rashid menjaringkan gol tunggal perlawanan sewaktu Malaysia menang ke atas Turkmenistan dan 1 gol sewaktu bertemu Hong Kong dalam aksi persahabatan bulan Mac tahun ini.

Pemain kelahiran Kedah ini juga menghasilkan 1 bantuan jaringan dalam kemenangan besar 10-0 Malaysia ke atas Papua New Guinea pada bulan Jun yang lalu.

Statistik ini menyaksikan Akhyar memainkan peranan penting buat pasukan Malaysia pada waktu ini dan kelincahan pemain ini dibahagian serangan ditagih ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon.

Advertisements

Secara keseluruhan, Akhyar Rashid telah melakukan 38 penampilan buat Harimau Malaya dan telah berjaya menjaringkan 10 gol serta 11 bantuan jaringan berdasarkan statistik Transfermarkt.

Malah jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah turut mengakui Akhyar mempunyai bakat semula jadi sebagai pemain bola sepak dan aksi Akhyar bersama Malaysia di peringkat antarabangsa telah membuktikannya menurut laporan Berita Harian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram