Akhyar Rashid Sedia Kembali Bantu Terengganu
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid menyatakan dirinya sudah bersedia untuk membantu pasukan itu mengharungi kempen Liga Super musim 2024/25.

Sebelum ini, pemain sayap berusia 24 tahun itu menjadi mangsa kes samun berhampiran kediamannya di Tanjung, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Selain disamun, Akhyar turut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki kerana dipukul dua individu tidak dikenali dengan cota.

Advertisements

Keadaan ini mengakibatkan beliau terpaksa berehat seketika untuk membantunya pulih daripada trauma kejadian berkenaan.

Kini, Akhyar sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan kembali menyertai sesi latihan skuad Peteh. Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan mendoakan kesejahteraan buat dirinya.

Advertisements

“Terima kasih sebab mendoakan saya selama ini. Dan keadaan saya sekarang ini, keadaan saya sudah baik. Saya harap dapat memberi yang terbaik kepada Terengganu,” katanya kepada media di pusat latihan Terengganu di Gong Badak hari ini.

Akhyar merupakan antara rekrut baru skuad Peteh musim ini. Beliau dan kapten, Safawi Rasid menyertai Terengganu dengan kontrak pinjaman semusim daripada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Advertisements

Kehadiran semula Akhyar dijangka menambah pilihan jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner di barisan sayap.

Selepas meraih tiga mata ke atas Perak FC, Terengganu akan berkelana ke Pulau Pinang untuk menentang Penang FC pada 19 Mei.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram