Akhyar Rashid: Tak Tahu Pulak Ada Kamera
Dunia
MFL
Advertisements

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Akhyar bin Abdul Rashid menjelaskan bahawa terjahan keras keatasnya dalam aksi separuh akhir antara JDT dan Sabah tempoh hari merupakan satu terjahan yang jelas.

Pada minit ke-89 permainan, Akhyar Rashid telah dikasari pertahanan Sabah, Gerald Gadit. Kemasukan Akhyar memberi kelebihan buat JDT setelah pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat pasukan tuan rumah. Bagaimanapun sepakan itu gagal disempurnakan Safawi Rasid.

Dalam satu Live di Tiktok pada semalam, Akhyar telah berkongsi situasi sebenar berkaitan insiden tersebut. Beliau menafikan sesetengah dakwaan yang mengatakan bahawa beliau berlakon.

Advertisements

Seorang pengikut Akhyar Rashid yang turut melihat Live di Tiktok itu sempat berpesan kepada Akhyar supaya selepas diterjah jangan senyum kerana kamera sentiasa merakam.

“Kalau lepas kena tackle, jangan senyum-senyum sebab camera zoom in,” ujarnya.

Akhyar tersenyum sambil memberi respon terhadap kenyataan tersebut.

Advertisements

“Itu sebab memang sakit. Masa tengah sakit lepastu kawan datang duduk, woi bangun-bangun dah-dah. Kita pun gelaklah, hehe senyum.”

“Tak tahu pulak ada camera. Dah orang cakap berlakon pulak,” seloroh Akhyar.

JDT bakal berdepan cabaran skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam aksi final Piala Malaysia 2022. JDT dan Selangor bakal berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu 26 November 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram