Duo serangan Terengganu FC, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid difahamkan hanya berehat ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pemain pinjaman skuad Harimau Selatan ini memperagakan aksi terbaik untuk membantu skuad peteh musim ini.
Gandingan serasi ini juga telah memastikan Terengganu tidak tewas dalam mana-mana perlawanan setakat ini.
Dua pemain ini bagaimanapun difahamkan tidak dapat diturunkan susulan bergelar pemain pinjaman dari JDT musim ini.
Hal ini bakal menyaksikan Ketua Jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner perlu mencongak perancangan baharu berdepan anak didik Hector Bidoglio.
JDT juga masih kebal dengan rekod baik apabila tidak tewas dalam 9 perlawanan yang diharungi musim ini.
Terengganu bagaimanapun memiliki pengganti setara dengan nama-nama seperti Syahmi Zamri, Hakim Hassan dan Nik Sharif.
JDT kini memimpin carta Liga Super dengan 15 mata selepas 5 perlawanan sementara Terengganu di tangga ketika dengan 8 mata.
Kedua-dua pasukan ini akan bertemu pada 26 Julai 2024 jam 8:15 malam di Stadium Sultan Ibrahim.