Finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC kini berupaya mencabar rekod hebat Johor Darul Ta’zim (JDT).
Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner merekodkan kemenangan ke-6 musim ini selepas menundukkan Selangor FC dengan keputusan 3-2.
Kemenangan di laman sendiri itu membolehkan skuad Peteh memiliki peluang terbaik untuk melangkah ke final Piala FA 2024.
Pencapaian membanggakan ini membolehkan Terengganu menjadi satu-satunya pasukan yang berupaya mencabar rekod JDT.
Skuad Harimau Selatan turut merakamkan kemenangan 2-1 di Darul Aman mengatasi Kedah sebelum aksi timbal balik pada 3 Ogos 2024.
JDT kini mencatatkan 9 kemenangan sekaligus mengekalkan rekod bersih dalam semua kejohanan dan menjaringkan 36 gol secara keseluruhan.
Situasi ini menjadikan hanya Terengganu dan JDT sahaja masih kebal tidak tewas dalam mana-mana perlawanan setakat ini.
Aksi kemuncak menyaksikan kedua-dua pasukan ini bakal bertemu dalam aksi Liga Super pada 26 Julai 2024 di Stadium Sultan Ibrahim.
Sebagai rekod, JDT telah menewaskan Terengganu dalam kesemua 6 pertemuan terakhir termasuklah ketika final Piala Malaysia 2023 dengan keputusan 3-1.