Advertising
Piala FA: Terengganu Atasi Angka Kehadiran Di Stadium Darul Aman
Piala FA
MakanBola
Terengganu FC

Aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024 menyaksikan Terengganu FC merekodkan kehadiran tertinggi untuk musim 2024/25 diikuti oleh Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) menyaksikan skuad Peteh meraih kemenangan berharga 3-2 ke atas Selangor FC.

Ad

Kemenangan tipis anak buah Tomislav Steinbruckner ini dibantu dengan aura 31,689 orang penyokong yang hadir di SSMZA. Angka ini yang tertinggi direkodkan Terengganu dalam musim 2024/25 setakat ini.

Ad

Sebelum ini, rekod kehadiran penyokong tertinggi ialah 20,150 orang. Rekod ini dicipta dalam aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA menentang Perak FC pada 14 Jun lalu.

Sementara Kedah turut merekodkan kehadiran tertinggi mereka untuk musim 2024/25 iaitu 18,317 orang dalam satu lagi aksi separuh akhir pertama menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Ad

Meskipun tewas 2-1 menerusi gol lewat Romel Morales, ramai penyokong terhibur dengan mutu permainan yang dipamerkan kedua-dua pasukan.

Ad

Rekod ini juga turut mengatasi rekod kehadiran tertinggi di Stadium Darul Aman yang direkodkan sebelum ini iaitu 16,700 orang. Rekod ini dicipta dalam aksi suku akhir kedua menentang Penang FC pada 5 Julai lalu.

Ad

Perlawanan ini akan disusuli dengan aksi separuh akhir kedua yang berlangsung pada 3 Ogos ini.