Ads
Akmal Rizal Lega Penang Bawa Pulang Satu Mata
Liga Super
Penang FC

Ketua jurulatih Penang FC, Akmal Rizal menarik nafas lega setelah melihat anak-anak buahnya berjaya mengikat Sabah di Likas.

Advertisements

Penang yang bertandang ke Stadium Likas bagi aksi petama Liga Super 2024/2025 berjaya mempamerkan disiplin yang tinggi untuk mengikat Sabah FC tanpa jaringan pada petang Ahad.

Advertisements

Kekebalan benteng pertahanan yang diketuai oleh tonggak import, Rafael Vitor berhasil mengekang asakan bertali arus jentera serangan The Rhinos yang terdiri daripada Darren Lok, Saddil Ramdani dan Telmo Castanheira

Advertisements
Advertisements

Ketua jurulatih Penang FC, Akmal Rizal yang ditemui selepas perlawanan, berkata beraksi di laman lawan bukanlah tugas mudah dan beliau bersyukur kerana berjaya membawa pulang dengan satu mata.

”Alhamdulillah kita memulakan aksi pertama musim ini dengan keputusan positif, bukan mudah bermain menentang Sabah di Likas kerana kita tahu kualiti yang dimiliki,” komen beliau kepada Astro Arena.

Advertisements

Tambahnya lagi, pujian harus diberikan buat kesemua pemain yang berjuang sehabis baik seperti yang dirancang bagi memusnahkan hajat Sabah mengutip tiga mata penuh.

”Pujian kepada seluruh pemain-pemain yang telah bermain bermatian-matian. Mereka telah bermain seperti apa yang dirancang untuk bertahan sebagai satu pasukan dan alhamdulillah kita berjaya mengekang asakan yang dilakukan pasukan Sabah.”

”Saya bersyukur dan gembira dengan apa yang ditunjukkan oleh semua pemain pada malam ini,” tambah pengendali berusia 43 tahun itu di akhir temu bual.

Kejayaan mengikat skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee ini meletakkan Penang kini di kedudukan kelapan keseluruhan carta Liga Super 2024/2025 dengan satu mata.

Advertisements

Selepas ini, skuad Harimau Kumbang akan pulang ke Batu Kawan bagi menerima kunjungan finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC pada Ahad bagi menghadapi aksi kedua Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram