Akmal Rizal Puas Hati Prestasi Wenzel-Halls
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Prestasi tonggak import baru Penang FC, Dylan Wenzel-Halls memuaskan hati pengendali pasukan itu, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Bekas penyerang Central Coast Mariners itu membuat kemunculan pertama untuk Penang dalam aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 12 September lalu.

Advertisements

Kelibat Wenzel-Halls di bahagian sayap kerap mencemaskan barisan pertahanan tuan rumah diketuai pemain pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies. Malah, penyerang berusia 26 tahun itu turut melakukan beberapa percubaan ke arah gawang JDT.

Pada akhirnya, Harimau Kumbang terpaksa akur dengan keampuhan tuan rumah. Dua gol Jorge Obregon, Bergson da Silva, Arif Aiman Hanapi dan Oscar Arribas membantu JDT meraih kemenangan.

Advertisements

Meskipun tewas, Akmal berpuas hati dengan mutu permainan yang dipamerkan Wenzel-Halls. Pada masa sama, beliau percaya masih banyak perkara yang boleh dilakukan pemenang Piala AFC itu.

“Masih banyak yang beliau boleh lakukan. Saya tahu dengan kemampuan beliau kerana beliau lebih selesa bermain sebagai penyerang. Tapi untuk perlawanan akan datang, kita akan sediakan satu posisi yang lebih baik.

Advertisements

“Dan saya berpuas hati dengan aksi beliau hari ini. Ada percubaan ke arah pintu gol dan beliau mampu bertahan sehingga 90 minit,” katanya dalam temu bual selepas perlawanan.

Kekalahan ini menyaksikan Penang kini berada di tangga ketujuh liga dengan 10 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan.

Advertisements

Selepas ini, Penang bakal mengalihkan fokus untuk aksi liga seterusnya menentang Negeri Sembilan FC pada 22 September ini di Stadium Bandaraya.

Harimau Kumbang berharap dapat meraih kemenangan ke atas pasukan tersebut. Ini selepas Sang Rusa merekodkan keputusan seri sebanyak tiga kali dan menewaskan Penang sekali pada 2022 dan 2023.

Advertisements

News Comments Account