Akmal Rizal Terajui Cabaran Penang Untuk Musim 2024/2025
Liga Super
Penang FC
Advertisements

Bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli sah membimbing Penang FC bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025.

Perkara ini diumumkan pengurusan Harimau Kumbang menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka semalam.

Akmal sebelum ini menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih Penang untuk tiga perlawanan terakhir Liga Super musim 2023. Beliau mencatatkan rekod satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Advertisements

Selepas sah dilantik sebagai jurulatih baru Penang, Akmal Rizal bersedia menyahut cabaran untuk mengembalikan semula era kegemilangan pasukan itu.

Beliau percaya matlamat ini boleh dicapai selagi mana mendapat sokongan semua pihak termasuk penyokong setia Harimau Kumbang.

“Inilah peluang yang saya kena buktikan kepada semua dalam bola sepak ini bahawa saya boleh menjadi seorang jurulatih yang baik dan mampu membawa Penang FC jadi pasukan yang boleh bersaing dengan kelompok-kelompok pasukan terbaik dalam saingan Liga Super,” katanya kepada Nadi Arena hari ini.

Advertisements

Penang turut mengumumkan perlantikan legenda Maghribi, Merzagua Abderrazak sebagai pengarah teknikal baru pasukan.

Sementara bekas penolong jurulatih skuad senior Penang, Manzoor Azwira Abdul Wahid dilantik sebagai jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Harimau Kumbang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram