Ketenangan Akram Mahinan Kawal Emosi Bantu KL City Julang Kejuaraan
Dunia
Akraminho14
Advertisements

Pemain tengah pasukan Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan menjadi watak penting untuk memastikan bahawa penantian pasukan untuk menjulang Piala Malaysia berakhir selepas menampilkan aksi yang cukup mengagumkan ketika bertemu JDT di pentas akhir semalam.

Pemain berusia 28 tahun itu bergandingan bersama dua orang lagi pemain di bahagian tengah iaitu Ryan Lambert dan juga kapten pasukan, Paula Josue jelas merencatkan perancangan pasukan lawan apabila mendominasi bahagian tengah sungguhpun JDT dilihat bermula dengan lebih garang.

Sungguhpun begitu, Akram mencuri tumpuan ketika beliau sedang membantu bahagian pertahanan pasukan untuk mengekang asakan bertali arus yang sedang dilancarkan oleh pasukan kendalian Benjamin Mora.

Advertisements

Dalam satu ulang tayang perlawanan, bekas pemain Kedah ini cuba untuk memastikan bahawa bola keluar dari garisan permainan sungguhpun terdapat asakan yang dilakukan oleh pemain tengah JDT, Afiq Fazail yang bertindak untuk memberikan cabaran dari belakang.

Namun begitu, Akram menunjukkan kematangan dan kualiti kepimpinannya di atas padang dengan tidak melakukan apa-apa tindakan atau sebarang provokasi sebaliknya terus beredar dari situasi tersebut.

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa hantaran berkualiti yang dilakukan oleh pemain pasukan kebangsaan ini yang hampir memecah kebuntuan dengan mencari rakan sepasukan di bahagian serangan.

Advertisements

Kuala Lumpur City FC juga berjaya menamatkan penantian selama 32 tahun untuk menjulang kejuaraan berprestij ini selain kejayaan ini dilakukan pada edisi yang ke-100 pastinya menjadi suatu yang bermakna buat pemain dan juga para penyokong The City Boys.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram