Akram Mahinan: Boleh Panggil & Bincang Baik-Baik
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Pemain tengah Terengganu FC, Akram Mahinan menyifatkan situasi antara Zaquan Adha Abdul Radzak dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus boleh saja diselesaikan dengan baik.

Ini selepas beliau mengulas kemelut yang melanda dua figura itu menerusi akaun X semalam.

Kemelut Zaquan dan Faliq tercetus apabila pertanyaan penyerang berusia 37 tahun itu tentang status kontraknya dikatakan tidak dilayan oleh CEO skuad Rusa.

Advertisements

Meskipun isu ini sudah dijawab Faliq menerusi akaun X, polemik isu ini terus berlarutan. Bagi Akram, isu ini boleh saja diselesaikan dengan baik dengan kedua-dua pihak bersemuka dan bersedia untuk berbincang.

Dengan mengambil kira status Zaquan sebagai anak jati Negeri Sembilan dan jasanya kepada pasukan, pengurusan Hoben Jang Hoben boleh saja menawarkan peranan pemain-jurulatih kepada beliau.

Pendekatan ini mengingatkan Akram kepada tindakan jurulatih Croatia, Bojan Hodak yang menawarkan peranan sama kepada tonggak veteran, Shukor Adan di KL City FC sebelum bersara pada 2021.

Advertisements

“Bagi saya kalau nak cantik sebab Zaquan pun anak jati Negeri Sembilan dan banyak berjasa dengan negeri.

“Dia (Pengurusan skuad Rusa) boleh saja panggil dan bincang baik-baik (tawaran) jadi jurulatih dan pemain .

“Macam saya tengok macam mana Bojan (Hodak) kendali (situasi) Shukor Adan pada akhir 2020,” katanya di X.

Advertisements

Zaquan meraih pelbagai pencapaian bersama Negeri Sembilan selepas beraksi untuk pasukan itu sebanyak dua kali dalam kariernya.

Antara pencapaian beliau ialah Liga Super, Piala Malaysia, Liga Premier dan Piala FA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram