Aksi ‘Adama Traoré’ JDT, Moussa Sidibe Yang Sungguh Menakjubkan
Dunia
Johor Sounthern Tigers
Advertisements

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Moussa Sidibe baru sahaja diumumkan sebagai import terbaru pasukan. Dalam satu hantaran di laman rasmi media sosial JDT, pemain yang berusia 27 tahun itu dimaklumkan merupakan pemain kelahiran Mali yang membesar di Sepanyol.

Bermain di posisi sayap kanan, beliau berjaya memanfaatkan sebaiknya kelebihan kaki kiri miliknya. Memiliki ketinggian 1.70 m, kepantasan larian Sidibe ini juga dilihat sebagai aset terbaik yang ada pada pemain itu.

Menurut sumber daripada laman web Transfermarkt.com, nilai Moussa Sidibe berada pada tanda harga 300 Euro iaitu bersamaan RM 1.4 Juta. Pemain ini dilihat sering bertukar-tukar kelab setiap tahun.

Advertisements

Beliau memulakan karier professionalnya di kelab SD Almazan sebelum menyertai CD Ebro pada 2014. Pada 2015, beliau menyertai pasukan CF Epila. Tahun berikutnya, Sidibe bermain di pasukan Benferri sebelum pada 2018, beliau menyertai 3 kelab pada tahun tersebut, iaitu Ud Ibiza, CD Guadalajara dan Algeciras CF.

Pada Ogos 2019, Sidibe menyertai kelab Llagostera. Setahun selepas itu, beliau ke FC Andorra secara percuma. Pada Januari 2021, beliau berpindah ke Ponferradina dan pada Jun tahun lalu dipinjamkan ke Cordoba CF.

Pasukan terakhirnya sebelum beliau berhijrah ke JDT iailah UE Costa Brava. Beliau memilih untuk memendekkan tempoh pinjaman disana seterusnya menamatkan kontrak bersama Ponferradina sebelum memilih JDT sebagai destinasi pilihan.

Advertisements

Khidmat pemain sayap berpengalaman ini pasti akan ditagih Benjamin Mora sebaik mungkin untuk musim ini. Aksi menakjubkan Moussa Sidibe pastinya akan dinanti-nantikan seluruh peminat bola sepak tempatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram