Aksi Awal Terengganu & Kedah Curi Tumpuan
Persahabatan
KDA FC
Advertisements

Aksi pra-musim 2024/25 membabitkan Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang berlangsung pada 19 April ini bakal mencuri tumpuan peminat bola sepak.

Ini kerana dua pasukan ini bakal bersaing dalam kejohanan pra-musim di Terengganu iaitu Agarbomb Performance Cup 2024.

Kejohanan yang bakal berlangsung dari 17 hingga 21 April ini turut menyaksikan penyertaan Terengganu II dan Penang FC.

Advertisements

Pertembungan Kedah dan Terengganu amat dinantikan dengan kedua-dua pasukan masing-masing meraih satu kemenangan dalam Liga Super musim lepas mengikut data Transfermarkt.

Sang Kenari terlebih dahulu mengalahkan Peteh di Stadium Darul Aman pada 1 Mac 2023. Gol kemenangan anak buah Nafuzi Zain itu disumbang Fadzrul Daniel.

Sementara Engku Nur Shakir Engku Yacob memastikan dendam Terengganu terbalas di Gong Badak dengan menyumbat gol kemenangan pada 3 Julai 2023.

Advertisements

Sebelum menentang Sang Kenari pada 19 April, tuan rumah bakal menentang Penang pada 17 April. Terengganu kemudiannya menutup kempen Agarbomb Performance Cup 2024 dengan menentang Terengganu II pada 21 April.

Sementara Kedah pula turun menentang Terengganu II pada 17 April sebelum menentang skuad senior Peteh pada 19 April. Sang Kenari akan menutup kempen kejohanan dengan menentang Penang pada 21 April.

Selain Agarbomb Performance Cup 2024, Terengganu juga bakal mengadakan dua lagi aksi pra-musim pada 28 April dan 3 Mei ini. Hal ini dinyatakan oleh pengarah sukan Peteh, Zulfadli Rozi.

Advertisements

Dua aksi menentang lawan yang tidak dinyatakan itu bakal dijadikan sebagai medan menguji sistem bantuan pengadil video (VAR) sebelum diperkenalkan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram