Aksi ‘Gila’ Coutinho

philippe coutinho imago nick potts Aksi 'Gila' Coutinho
Foto: IMAGO/Nick Potts
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Bekas bintang Liverpool dan Barcelona, Philippe Coutinho hanya memerlukan 174 minit masa beraksi di kelab barunya, Aston Villa untuk membuktikan kemampuan sebenarnya.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris menemukan Aston Villa dan Leeds United di Villa Park, Coutinho berjaya menjaringkan 1 gol dan 2 assist sekaligus terlibat 100% dalam ‘sumber’ jaringan kelab barunya menentang Leeds.

Advertisements

Beliau yang dipinjamkan dari Barcelona menyertai Aston Villa yang kini diuruskan oleh bekas rakan sepasukannya di Liverpool, Steven Gerrard tidak memerlukan masa yang lama untuk kembali menemui rentak.

Perlawanan berkesudahan dengan kedua-dua pasukan seri 3-3 dan aksi bekas pemain Liverpool, Philippe Coutinho dan bekas pemain Manchester United, Daniel James berjaya mencuri tumpuan perlawanan penuh dramatik ini.

Advertisements

Senarai penjaring perlawanan Aston Villa lawan Leeds United:
Daniel James 9′, 45+2′, Coutinho 30′, Ramsey 38′, 43′, Llorente 63′

Foto: IMAGO/Nick Potts

Advertisements