Aksi Harimau Malaya Bakal Terganggu Dengan Konsert Coldplay
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pada Januari lepas, ramai penyokong Harimau Malaya marah apabila penganjuran konsert Jay Chou mengurangkan kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk aksi separuh akhir Piala AFF 2022. Dan terbaru, konsert Coldplay pada 22 November ini dijangka bakal memberi kesan sama untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 yang diadakan sehari selepas itu.

Hal ini mula mengundang keresahan dalam kalangan penyokong Harimau Malaya. Atas sebab itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mahu memastikan perkara tersebut tidak berulang.

“Perkara ini sudah dibincang dengan Menteri (Belia dan Sukan, Hannah Yeoh) dan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) PSM, saya sudah menyatakan perkara ini kali kedua terjadi dan ia tidak boleh terjadi lagi. Menteri setuju kerana kita sudah memaklumkan kontrak kita dengan PSM ini yang mana semua perlawanan dalam kalendar FIFA.

Advertisements

“Kalau nak buat apa-apa kena maklum dengan kita. Kalau tak, buat apa tandatangan kontrak dengan PSM, baik pergi stadium lain. Tapi sudah dapat penyelesaian dengan menteri bahawa kita lihat dulu undian Piala Asia,” katanya.

Begitupun, Hamidin mendedahkan FAM mempunyai perancangan lain sekiranya perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 tetap diadakan di SNBJ. Ini termasuk mengadakan perbincangan dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tentang kemungkinan perlawanan diadakan di stadium alternatif.

“Kita sudah buat beberapa persiapan untuk melihat kalau perlawanan pada 21 November itu berlaku, main dekat sini. Kita akan cuba untuk membuat rayuan semula.

Advertisements

“Jadi, ada beberapa kemungkinan kerana perlawanan di luar kalendar FIFA tetapi persiapan lima, enam hari sebelum itu. Jadi mungkin ada sebahagian tak boleh digunakan. Apapun, tunggu Julai (undian kelayakan Piala Asia) nanti,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram