Tenang Melampau, Aksi Hong Wan Kemudi Jentera Tengah JDT Dapat Pujian
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketenangan yang dipamerkan oleh pemain tengah berbakat Johor Darul Ta’zim (JDT),Nathaniel Shio Hong Wan meraih perhatian para peminat tatkala menjadi nadi pasukan untuk mencatat kemenangan bermakna 2-0 ke atas Guangzhou FC.

Pemain berusia 21 tahun itu berada dalam kesebelasan utama pasukan dan digandingkan dengan dua pemain tengah berpengalaman pasukan iaitu Nazmi Faiz dan juga Leandro Velasquez.

Ketenangan bekas pemain Wolverhampton Wonderes itu jelas menjadi kunci kepada kemenjadian pasukan untuk terus mendominasi perlawanan sekaligus meraih 3 mata penuh.

Advertisements

Beraksi sebagai pemain ’No.6’ , kelibat Hong Wan memberi kestabilan kepada jentera tengah Harimau Selatan dengan memberi lebih banyak ruang buat Nazmi dan Leandro untuk membantu barisan serangan.

Malah, Hong Wan juga mampu untuk melakukan hadangan-hadangan yang cukup baik dan bersih namun beliau tidak banyak diuji tatkala kelibat pemain Guangzhou FC lebih banyak berada dalam kawasan sendiri.

Kepercayaan yang diberikan oleh Benjamin Mora telah membuka ruang buat pemain ini untuk kekal mendominasi perlawanan sepanjang 90 minit permainan.

Advertisements

Menurut penilaian yang diberikan oleh Sofascore, Hong Wan mencatat 7.2 mata sekaligus menjadi pemain kedua terbaik dalam perlawanan semalam di belakang penyerang berbisa, Bergson Da Silva yang menjaringkan dua gol.

Beliau yang kelihatan sudah mula mengadaptasikan falsafah permainan JDT dijangka bakal terus mengemudi pasukan dengan usianya yang masih muda dan pengalaman beraksi di akademi dan pasukan bawah 23 tahun di liga terbaik dunia menjadi aset terbesar buatnya.

Hong Wan juga mendapat pujian daripada bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan dan juga Shahrom Kalam yang melihat potensi yang dimiliki oleh pemain muda ini.

Advertisements

JDT bakal berdepan Ulsan Hyundai dalam usaha untuk meraih 3 mata bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram